Sunday, November 5, 2017

Dejavu Semusim Cinta : Bab 4

"Mama sebenarnya bincang apa dengan Aunty Ummi hari tu?" Tanya Emir sewaktu dalam perjalanan pulang dari Terengganu.
Dia jarang mengambil tahu akan urusan peribadi Datin Maria tapi entah kenapa untuk kali ini Emir merasa sangat ingin tahu.
"Sebenarnya Mama datang merisik Elina." Jawab Datin Maria selamba.
"Merisik Elina? Takkan untuk Papa kut?" Sampuk Emir sambil ketawa.
Biar betul Mama ni?
Datin Maria gelengkan kepala.
"Habis tu?" Soal Emir lagi. Tiba-tiba jantungnya terasa berdegup kencang. Takkanlahh... Dia teringatkan kata-kata Mamanya di kedai emas bilik hotel tempoh hari.
“Tak pun rezeki kahwin. Kahwin pun rezeki tau.”
"Macam mana nak jadi ketua keluarga kalau benda simple macam ni pun liat bukan main lagi. Esok lusa nak kena bimbing isteri, anak-anak lagi." 
Setiap bait kata Datin Maria seolah dimainkan semula ketika itu. 
Papa pun ada juga sebut pasal kahwin hari tu…
"Maaaa. Don't you say.. Mama merisik dia untuk Along?" Emir mula panik.
"Haa pandai pun. Ada ke patut kata untuk papa. Mama ni takkan setuju tau kalau papa ada perempuan lain. Apatah lagi nak tolong merisik atau pinangkan. No no no…" 
"Tak payah la main-main maa." Emir sedikit membentak. 
"Main-main apa pula. Next two months korag dua kahwin. Fullstop."
Emir mengeluh panjang. Seakan tidak percaya akan kata-kata mamanya. Seluruh akal warasnya menolak apa yang baru sahaja didengarnya.
"Elina tu setuju je ke?" Soalnya mahukan kepastian.
"Setakat ni dia tak tahu lagi. Tapi mama yakin dia akan setuju."
"Dasar keluarga mata duitan!" Hamburnya dengan nada sinis.
Sungguh dia tak sangka gadis yang disangkakannya sebegitu naif rupanya suka mengambil kesempatan! Aunty Ummi dengan Pakcik Razak pun nampak baik je. Tapi itulah nak menilai orang bukan dari luaran je.
"Tak baik cakap macam tu." Datin Maria cuba menenangkan Emir yang sedang panas. 
Awal-awal lagi dia sudah menjangkakan reaksi Emir apabila mengetahui perkara sebenar. Niat di hati nak tunggu sehingga tiba di Kuala Lumpur terlebih dahulu tapi nampak gayanya mulut Datin Maria ingkar.
"Habis tu kahwin sebab apa? Saja suka-suka ke? I won't marry just for fun and I don't even love her. Kenal pun tak. Baru jumpa sekali dua. Please la ma. Macam mana mama boleh expect boleh terus kahwin ni. Such a stupid decision. I cannot brain this!" Suara Emir sedikit kasar. Entah kenapa dia merasa sangat bengang dengan Datin Maria. 
"Kita bincang nanti."  Putus Datin Maria.
Sebaiknya hal yang serius macam ni perlu dibincang sewaktu suaminya ada bersama.

**********
Emir langsung tidak bercakap dengan Datin Maria. Baginya, lebih baik dia berdiam diri sahaja daripada tidak dapat mengawal perasaan lalu menghamburkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
"Along, nak pergi mana? Baru sampai kan?" Soal Datin Maria sebaik berselisih dengan anak lelakinya itu di ruang tamu.
"Jumpa Aril kejap." Jawabya pendek.
"Jangan balik lambat sangat. Badan tu kena rehat juga." Pesan Datin Maria.
"Hmm. Okey..” Jawab Emir nak taknak.
Range Rover kelabu Emir yang sudah beberapa hari tersadai di garaj di start. Beberapa minit kemudian dia segera memandu keluar dari perkarangan banglo tersebut.
Nombor Aril di dial menggunakan bluetooth. Beberapa saat kemudian, talian bersambung.
"Bro, jumpa tempat biasa in 30 minutes. Aku dah on the way." Terjah Emir sebaik Aril mengangkat telefon.
"Kau ni suka plan last minute macam ni. Nasib baik aku pun tengah lapar ni. Kalau lambat sikit kau tunggu tau. Aku baru sampai rumah ni. Tolong orderkan dulu untuk aku." Bebel Aril di hujung talian.
"Hehehe. Sorry lah." Balas Emir.
Restoran Papparich dituju sebaik selesai mengisi minyak. Sebenarnya Emir bukannya lapar mana atau mahu lepak namun dia tidak mahu bergaduh panjang dengan mamanya di rumah. Lebih baik dia keluar untuk menenangkan diri terlebih dahulu meskipun badannya terasa sangat letih disebabkan oleh perjalanan jauh.
Sebaik tiba, Emir memesan makanan buatnya dan Aril. Sementara menunggu pesanan tiba, Emir melihat gambar yang sempat ditangkap sepanjang berada di Terengganu beberapa hari lepas.
Dalam banyak-banyak gambar, gambar batik sewaktu di Kedai Payang menjadi pilihannya. "Boleh upload dekat IG kut yang ni."
Malah tanpa disedari Emir, gambar tersebut turut terkandung susuk Elina yang ralit membelek kain batik. Terpandangkan Elina di sebelah kanan gambar, Emir menjadi sedikit tersentak.
"Dah kenapa kau kena muncul tiba-tiba macam ni?" Marah Emir kepada Elina di dalam gamabr tersebut sedikit kuat.
Kelihatan pengunjung di meja sebelah memandangnya pelik. Emir baru sedar yang tindakannya menarik perhatian orang di meja sebelah. Yalah cakap sorang-sorang. Gila ke apa?
Tidak lama kemudian, kelihatan Aril baru tiba di restoran tersebut.
"Hey bro.. Amacam pergi Terengganu?" Tegur Aril sebaik duduk di hadapan Emir.
"Bala." Jawabnya sepatah.
"Apasal pulak?" Aril kerut dahi.
"Aku cerita kau jangan gelak pula." Ujar Emir.
"Laaa ceritalah dulu. Kalau kelakar aku gelak laa takkan nak menangis pula." Balas Aril buat lawak.
Emir buat muka. "Dude, I'm serious." Balasnya tegas.
Masa aku serius ni lah dia nak buat lawak bodoh dia.
Aril angkat kedua belah tangannya tanda menyerah. Riak wajah Emir di depannya langsung menggambarkan yang dia sedang menghadapi masalah.
"Ceritalah. Aku takkan gelak la weh." Pujuk Aril.
Emir hela nafas panjang.
"Mama aku buat hal." Jawab Emir sambil picit kepala.
Mata Aril terbuntang luas. Riak terkejut ditunjukkannya.
"Weh Emir. Takkan Aunty Maria ada anak ikan kut?" Soalnya sedikit kuat.
Beberapa pelanggan lain mengalihkan perhatian ke arah meja mereka. Mungkin terganggu dengan surara kuat Aril mahupun tertarik dengan perkataan “anak ikan” itu.
"Choi! Agak-agak lah nak assume pun." Bentaknya geram. "Lagi satu, suara kau tu jangan over sangat boleh tak." Balas Emir sambil buat muka.
"Sorry lah. Dah kau juga kata mama kau buat hal. Aku ingat hal yang macam tu lah. Kau cerita A to Z la. Ni satu ayat, satu ayat je. Bila nak habis. Buat aku makin anxious je." Bebel Aril mengenangkan sikap Emir yang suka bercakap tergantung begitu.
"Aku teman mama aku pergi Terengganu. Ingatkan ada hal apa nak jumpa kawan lama dia. Turn out kau tahu apa? Rupa-rupanya dia pergi merisik anak kawan dia untuk aku. Aku tak faham lah. Mama aku selalu juga membebel suruh aku kahwin. Tapi tak sangka dia buat tindakan melulu macam ni. Aku bukannya bujang terlajak lagi. Kau dengan Fayyadh pun tak kahwin lagi." Emir cerita senafas.
Aril sedikt terkejut mendengarkan cerita Emir. Namun terselit sedikit perasaan teruja di hatinya.
"That girl.. Cantik tak?" Soal Aril.
Emir sedikit bengang dengan soalan Aril. Aku punyalah panjang cerita. Dia tanya aku si Elina tu cantik ke tak? At least tanya la aku okey ke tak.
Emir mengeluh sedikit.
"Tak kisah la cantik ke tak. Yang penting aku kenal pun tak weh. Mana boleh senang-senang je nak kahwin macam tu je. Hari tu ada borak-borak sikit. Tapi tu je lah. Aku tak tahu lagi masa tu."
"Alah kenal lepas kahwin pun boleh apa." Aril balas selamba.
"Haa elok sangat idea kau, sekali lepas kahwin baru tahu dia tu perangai macam apa, bekas penjenayah ke apa. Masa tu dah tak boleh U-turn tau. Ingat nikah cerai benda macam makan kacang je ke?" Soal Emir sedikit serius.
"Kau ada gambar dia? Nak tengok." Pinta Aril beria. Sekali lagi lari dari topik.
Mengingatkan gambar yang dilihatnya tadi, Emir mula menilik skrin telefonnya.
"Hmm ada. Nah." Balas Emir malas. Telefon dihalakan ke arah Aril.
"Not bad." Komen Aril sambil meletakkan jari telunjuk di dagunya.
Emir diam tidak memberikan respon.
"Umur dia berapa?" Tanya Aril.
"24 kalau tak silap aku." Emir jawab acuh tak acuh.
"Emir, ni aku cakap secara rasional akal aku. Man to man. Kau mungkin tak suka mama kau suruh kahwin dengan dia. Tiba-tiba pulak tu. Tapi as parenst mestilah mama papa kau nak yang terbaik untuk kau kan? Anak tunggal lelaki, sulung pula tu. Kau rasa diorang senang-senang je ke nak pertaruhkan masa depan kau? Tak kan? Bukan masa depan kau je, perempuan tu sekali. Apa-apa pun. Kau fikir la elok-elok dulu. Mungkin ni yang terbaik." Nasihat Aril panjang.
"Eleh tak kena dekat kau senang lah cakap, cuba esok mak kau call suruh balik kampung sebab nak bertunang. Kau redha je ke?" Sindir Emir agak sinis.
Aril ni serius tak faham perasaan aku. Emir picit dahi.
"Aku kalau mak aku suruh kahwin dengan calon pilihan dia, aku terima je sebab restu ibu bapa tu penting dalam nak mendirikan rumah tangga. Kau cinta atau sayang orang tu macam mana sekalipun, kalau kahwin tapi tak dapat restu, marriage life kau kosong, takde berkat." Tambah Aril lagi.
Emir terdiam. Terasa kata-kata Aril menikam jiwanya.
Namun perkahwinan bukanlah benda main-main.
"Bro, aku tumpang tidur rumah kau malam ni?" Soal Emir sekaligus menukar topik perbualan.
Aril kerutkan dahi. "Kenapa pula? Rumah kau bukan main besar lagi. Tiba-tiba nak tumpang rumah aku?" Soalnya pelik.
"Aku tak selesa nak jumpa mama aku. Aku tak ready lagi nak dengan explanation dia." Jawab Emir jujur. Tidak mahu berkias dengan Aril.
"Okey." Aril segera bersetuju tanpa berlengah lagi.
Mungkin Emir perlukan masa untuk dirinya, fikir Aril. 

Dejavu Semusim Cinta : Bab 3

Bunyi ketukan bilik yang bertalu-talu menyedarkan Emir yang sedang nyenyak tidur.  
Terasa baru sekejap dia melelapkan mata.
Langkah dituju ke arah pintu bilik hotel lalu dibuka malas. 
Mata Emir yang awalnya kuyu tiba-tiba terbuntang luas. Terkejut melihatkan objek di hadapannya. 
"Mamaa.. Terkejut tau tak!" Marahnya kepada Datin Maria. Mulut dimuncungkan sedikit. 
Mana tak terkejut kalau buka-buka pintu je Mama dia dah tercegat dengan telekung solat. Nasib baik sempat cam mak sendiri. 
"Dah tak payah nak terkejut sangat. Logik la mama pakai telekung. Bukannya pakai bikini ke apa. Yang tu baru Along patut terkejut. Dah, bangun cuci muka, gosok gigi lepas tu sembahyang subuh." Bebel Datin Maria panjang. Bukan dia tidak tahu yang Emir seorang yang liat bangun pagi. 
"Maa. Five minutes please." Emir buat muka kesian. Kepala dilentokkan kepada dinding. Hmm dekat mana-mana pun boleh. Sebab dia dah terlalu mengantuk sekarang ni.
Emir kerling jam dinding. Padahal baru pukul 6.20 pagi. Subuh lambat lagi habis.
"Tak boleh. Dahulukan mana yang wajib." Ujar Datin Maria tegas. 
"Mama.. Along penat laa, semalam lepas meeting terus datang sini. Sampai hotel dah pukul berapa. Kasi can la sikit." Dia cuba meraih belah ihsan Mamanya lagi. 
"Along!" Suara Datin Maria sedikit kuat berbanding tadi.
Emir yang hampir terlelap semula tersentak. Hampa nampaknya. Mama dia langsung tak terbeli dengan ayat sedih Emir. 
"Umur berapa ni. Takkan nak buat perangai macam zaman budak-budak dulu lagi. Kalau masa kamu baru 13 okey la mama boleh terima. Ni dah 28 kut. Macam mana nak jadi ketua keluarga kalau benda simple macam ni pun liat bukan main lagi. Esok lusa nak kena bimbing isteri, anak-anak lagi." Datin Maria sudah mula membebel.
Emir garu kepala. Aduhh Mama nak start dah. Pagi-pagi dah nak kena ceramah. Tiba-iba sebut pasal anak isteri pulak tu. Chill la baru 28 kut.
Kedua tangan dia angkat. "Okey ma, Along surrender. K?" Dia kenyit mata dekat Datin Maria. Kalau dia tak buat macam tu, tak pasal-pasal mamanya menyambung ceramah sehingga berbakul-bakul pula.
"Bagus. Kalau nak sambung tidur kejap lagi pun boleh tapi pukul sepuluh Mama nak keluar dengan Ummi. Nanti Mama kejut Along." Ujar Datin Maria sebelum kembali ke biliknya di sebelah dalam suite yang sama dengan Emir. 
Haa see. Kalau kena gaya dia, senang je takde membebel pun. Emir senyum nipis memikirkan keadaan itu.

**********
"Hari ni kamu takde buat apa kan? Ikut Ibu jom."  Ajak Puan Ummi. 
"Malas la bu nak keluar." Jawab Elina pendek namun nekad dengan keputusannya.
"Ajak teman pun susah." Puan Ummi tarik muka sedikit.
"Tak kiralah Ibu nak Lynn ikut juga. Sekejap je bukan lama. Tu Aunty Maria dah dalam perjalanan nak ambil kita." Puan Ummi memberikan kata putus sebelum keluar dari dalam bilik anaknya. Perihal Datin Maria itu saja direkanya.
Puan Ummi masuk ke dalam bilik dan bersiap ala kadar. Nak pergi Pasar Payang je pun. Selesai memakai tudung, dia masuk ke dalam bilik anak daranya sekali lagi. 
Kelihatan Elina sedang bermalasan di atas katil namun baju sudah ditukar. Rambutnya juga sudah dirapikan. 
Puan Ummi koyak senyum nipis. Nasib baiklah anaknya itu tidak banyak songeh. Mulut je suka membantah namun arahan sering saja diikuti.
Kedengaran kereta berhenti di halaman rumah. Mesti kereta Maria ni. Desis hati kecil Puan Ummi. 
"Tu diorang dah sampai, Lynn pergi check pintu semua dah kunci belum." Arah Puan Ummi kepada Elina.
Emir melihat rumah di hadapannya. Langsung tiada tanda-tanda penghuninya akan keluar.  Mamanya pulak tak beritahu awal-awal yang ak datang sini balik. Ingatkan nak jumpa dekat sana je.
"Mama kata dah call Aunty tu. Nak Along hon tak?" Cadang Emir.
"Eh tak payah lah. Nanti jiran kata apa pula." Halang Datin Maria.
Emir jadi bingung. Jiran yang mana satu pula. Rumah kawan mama ni paling hujung dan rumah yang paling dekat pun kira-kira 50 meter dari situ. Bukannya macam rumah teres rapat-rapat pun?
Memandangkan Mamanya menghalang maka Emir sekadar duduk diam di tempat pemandu sambil membelek skrin telefonnya untuk membalas Whatsapp Amy. 
Selalunya memang begitu. Meskipun Emir cuti, sebarang hal yang berkaitan dengan urusan kerja akan Amy rujuk dengan Emir terlebih dahulu. 
"Along, mama pindah duduk belakang tau." 
Emir yang sedang leka menghadap telefon bimbitnya cuma mengiakan kata-kata Datin Maria.
Satu batang tubuh melabuhkan punggung di sebelah Emir dengan sedikt terpaksa. Dia menahan nafas seketika dek kerana kuatnya bau perfume Emir.
Sehari sebotol ke dia pakai kalau bau tahap macam ni? Elina tertanya-tanya sendiri.
Emir memalingkan wajahnya ingin melihat siapa di sebelah. Bukan tadi Mama kata nak duduk belakang dengan kawan dia ke? Dan.. Dia tak bagitahu pun nak tukar tempat dengan Elina ni. 
Elina yang sedang menyelongkar tas tangannya terasa seperti ada seseorang yang memandangnya lalu kepala ditolehkan ke arah kanan. 
Dia kini betul-betul menghadap Emir dan langsung tidak gemar akan situasi tersebut. 
"Hmm tadi Mama awak suruh saya duduk depan sebab dia nak borak-borak dengan ibu dekat belakang. Susah nak kena pusingkan badan dia cakap." Tutur Elina laju setelah memalingkan wajahnya ke arah hadapan. Jari diarahkan kepada kedua Puan Ummi dan Datin Maria yang berada di luar kereta. 
"Okay." 
Emir senyum nipis. Budak ni kalut lah. Aku tak kata apa pun. 

**********
"Berkenan ke?" Soal Emir setelah melihat Elina begitu asyik dengan sepasang kain batik yang dililit pada patung. Tanah berona kuning cair serta merah jambu.
Kedua ibu merekea sudah jauh ke hadapan.
"Cantik kan?"  Soal Elina dengan wajah teruja. 
Emir meneliti kain di hadapannya. Hmm banyak sangat manik. Typical la agaknya perempuan suka manik-manik ni. 
"Not bad. Beli la." Balasnya tidak mahu menghampakan Elina meskipun tak berapa kena dengan taste dia. Orang kata, dengan perempuan ni kena setuju je apa-apa pun.
Wajah Elina berubah sugul. Cantik memang cantik tapi aku mana ada duit nak beli. RM280 tu mahal sangat kut. Beli kain pasang biasa baru berapa sepasang. Takkan nak minta ibu pula.
"Haha. Bukan suka sangat pun. Suka tengok je."  Ujar Elina menutup rasa hampanya.
"Beli je la Encik. Kesian wife encik kempunan nanti. Bukan selalu pun. Datang lain kali belum tentu ada lagi tau." Sampuk tuan kedai yang sedari tadi memerhatikan Elina dan Emir. 
Wajah Elina berubah merah kerana segan. Dan dan je makcik ni.
Emir menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Aduh! Macam mana ni? Elina dijeling sekilas. Nampak sangat yang dia benar-benar sukakan batik tersebut. Tapi mesti dia tak cukup duit dah nama lagi masih student.
Tuan kedai dilihatnya sedang memerhatikan mereka berdua. Seakan menunggu kata putus dari Emir.
"Haa boleh la akak, ambil yang ni. Dengan yang ni sekali ya." Emir menunjukkan kepada patung yang dililit dengan kain batik yang diminati Elina itu serta dua pasang lagi yang berwarna biru muda dan merah hati.
Kain batik berwarna biru muda tersebut dibelikan buat Puan Ummi manakala warna merah hati pula buat mamanya. Macam tak adil pula belikan untuk Elina je.
"Ehh awak!" Elina yang seakan terkejut menggawang-gawangkan tangan di hadapan Emir. "Saya bukannya nak pun kain tu." 
"Takpe. Anggap je saya belanja. Takde hal laa. Tak pokai punya saya belanja awak. Bukan mahal pun ni." Emir menjelaskan.
Tak mahal dia cakap? Hampir terbeliak mata Elina apabila harga tiga pasang kain itu sudah mencecah lapan ratus ringgit. Tu dah harga lepas diskaun.
Hmm murah bagi dia. Desis hati Elina. Dia menilik Emir atas bawah. Rasanya semua batang dia branded dari pakaian ke aksesori. Anak Datuk kan. 
Semalam semasa Datin Maria dan Emir pulang dari rumah, Elina terdengar perbualan antara Ibu dan Ayahnya akan status Aunty Maria. Rupanya sudah lama dia berpangkat Datuk cuma mereka saja yang tidak tahu. 
"Nah." Emir menghulur beg plastik berisi kain pasang. 
Elina menyambut huluran tersebut. "Terima kasih. Maaf menyusahkan."
Mereka berjalan beriringan mencari Puan Ummi dan Datin Maria sudah sedari tadi meninggalkan mereka berdua. 
"Sebenarnya saya tak tahu pun lagi nama awak apa." Ujar Elina sambil membuat gaya seakan sedang berfikir.
Emir ketawa mendengarkan kata-kata Elina. 
"Itulah awak, orang first-first tanya nama.. Tapi awak ni rare, soalan pertama dari mulut awak tanya saya kerja apa. Hahaha." Emir mengeleng-ngelengkan kepala beberapa kali. Mana mungkin dia lupa akan peristiwa semalam. 
"Nama saya Emeriz Mifzal, just call me Emir walaupun saya lagi tua dari awak, tak payah skema sangat panggil saya Abang Emir ke apa. Got it?
Elina buat muka. Memang tak lah aku nak panggil Abang dekat dia.
"Okey." 
Setelah beberapa minit mencari, kelibat mereka berdua yang sedang memilih pakaian kelihatan. 
"Haa pergi mana lama sangat?" Datin Maria menegur mereka.
"Teman anak aunty tengok kain tadi." Emir menjawab bagi pihak mereka. 
"Tengok kain?" Mata Puan Ummi menghala ke arah tangan Elina yang membimbit beg berisi kain pasang yang dibeli oleh Emir tadi.
"Haah aunty. Kain batik." Emir menjelaskan. 
"Ni Emir belanja Lynn." Ujar Elina dengan riak teruja. 
"Ya Allah kamu ni, batik sutera crepe ni kan mahal. Ibu tak bawa cukup duit lah nak bayar Emir balik. Pergi pulangkan semula." Arah Puan Ummi tegas.
Wajah Elina kelihatan suram. Malunya kalau nak pulang balik. Kesian penjual tu.
Emir jadi cuak. Aduh Aunty Ummi ni buat drama pula. Benda kecil aja pun.
"Eh Aunty tak payah laa. Emir bukan nak suruh bayar pun. Ni memang Emir belikan untuk Elina dah alang-alang nak belikan untuk Mama tadi. Untuk Aunty sekali pun ada ni." Emir segera membela Elina. Nasib baik juga aku belikan untuk diorang berdua sekali.
"Kalau macam tu takpelah." Puan Ummi akhirnya mengalah. Takkan nak buat drama dekat situ pula.
Sejurus itu, hal berkenaan kain batik itu dibiarkan begitu saja. Habis disitu